PROGRAM BUBUR LAMBUK YAYASAN PERAK

PROGRAM BUBUR LAMBUK YAYASAN PERAK

4 Mei 2021 – Yayasan Perak telah mengadakan Program Memasak Bubur Lambuk di Wisma Yayasan Perak sempena bulan Ramadhan. Kakitangan yang terlibat dalam program ini bersama-sama bergotong royong memasak bubur lambuk. Pengagihan bubur lambuk diserahkan oleh Tuan Azrul Sani bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Perak kepada semua kakitangan. #yayasanperak#iltizampendidikantransformasiinsan

Berita Lanjut
MAJLIS KHATAM AL-QURAN@YAYASAN PERAK

MAJLIS KHATAM AL-QURAN@YAYASAN PERAK

3 Mei 2021- Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di Wisma Yayasan Perak bersamaan 21 Ramadhan 1442H. Seramai lebih 30 orang telah menyertai Program Tadarus Al- Quran sepanjang bulan Ramadhan ini. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran bermula Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas. #yayasanperak#iltizampendidikantransformasiinsan

Berita Lanjut
PROGRAM CERIA SYAWAL YAYASAN PERAK BERSAMA ANAK YATIM

PROGRAM CERIA SYAWAL YAYASAN PERAK BERSAMA ANAK YATIM

28 April 2021 – Program Ceria Syawal Yayasan Perak Bersama Anak Yatim telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Tarmizi Idris, Pengerusi Yayasan Perak dan diiringi oleh Tuan Azrul Sani Bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Perak serta warga kerja Yayasan Perak yang terlibat. Program membeli pakaian raya bersama anak-anak yatim ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim […]

Berita Lanjut